Mohon tunggu
Ucapan syukur yang tidak terhingga kepada-Nya di atas kurniaan dan nikmat-Nya, doa dan selawat ke atas Muhammad (’alaihis-salâm), nabi-Nya yang paling dikasihi dan paling mulia dari semua manusia yang pernah hidup.
Selawat dan salam juga ke atas semua sahabat-sahabatnya dan para pengikutnya, yang telah menjadi orang yang terdekat melihat wajah baginda rasul yang indah, dan mendengar lisan baginda rasul yang bermanfaat.
Terdapat satu tempoh yang dipanggil "Era Jahiliyah" dalam sejarah. Sepanjang tempoh ini, Semenanjung Arab, penduduknya merupakan penyembah berhala, peminum arak sepanjang masa dan suka berjudi. Yang mempunyai kuasa dianggap sebagai yang berhak, wanita dahulu di jual-beli seakan-akan harta dagangan, anak-anak perempuan dahulu dikebumikan hidup-hidup. Gambaran situasi ini bukan sahaja di Semenanjung Arab, tetapi juga seluruh dunia berada di dalam kegelapan. Keadaan di Asia, Afrika dan Eropah juga tidak berbeza. Hanya tandaintir sahaja orang yang bijak dan munasabah, yang tidak senang dengan keadaan itu dan mereka selalu berdoa kepada Janâb-i Haqq (Allah) supaya ditamatkan zaman kegelapan ini.
Allahu ta’âlâ, yang Maha mengasihani manusia, mengutus para nabi mengikut peredaran zaman ,waktu dan lokasi. Allah mempertegaskan bahawa Nabi Muhammad sebagai utusan terakhir Nabi dan Rasul-Nya untuk menerangi kegelapan itu.
Janâb-i-Haqq(Allah) mengasihani kita dan menjadikan kita mencapai rahmat-Nya yang terbesar iaitu,tergolong dalam umatnya. Allah mempertegaskan dengan jelas bahawa kita berkewajiban untuk mengikuti jejak langkah nabi untuk mendapat rahmat dan keselamatan diri dan sentiasa mengucapkan syukur atas kurniaan ini.
Ulama Ahlus Sunnah berkata, “Setiap nabi yang di utus lebih tinggi kedudukannya dari segala aspek bersesuaian pada zaman tersebut. Namun Muhammad (‘alaihis-salâm) adalah nabi yang tertinggi dari semua makhluk sebelum dan sesudahnya. Dari segala segi, tiada siapa yang lebih hebat daripadanya .
Allahu ta'âlâ Maha Pencipta telah menciptakan nur (cahaya) keberkatan ke atas Muhammad 'alaihis-salam sebelum terciptanya makhluk yang lain . Di dalam Al-Qur’an al-karîm yang ditujukan khas ke atas Nabi Muhammad , tertulis "Kami mengutusmu sebagai rahmat, sebagai rahmat bagi makhluk."1 (Anbiyâ Sûra: 107). Dalam hadits-i qudsî, telah dikatakan, “Sekiranyanya Aku tidak menciptakan kamu, Aku tidak akan mencipta apa sahaja!”2
Pegangan sebenar îmân (kepercayaan) ialah Hubb-i-fillâh dan Bughd-i-fillâh, iaitu mencintai Muslimin kerana mereka adalah umat Islam yang membenci kekufuran dan juga terhadap musuh Islam, tanpa hubb-i-fillâh dan bughd-i-fillâh, amal ibadah yang dilakukan akan menjadi sia-sia. Oleh itu, ia telah fardhu (wajib) terhadap umat Islam mencintai (Nabi Muhammad) sebagai ketua semesta alam, dan meletakkan kecintaan terhadapnya dalam hati kita dan menghiasi diri kita dengan sifat-sifat akhlaknya yang indah.
Untuk meneruskan cinta ini, banyak buku telah dan sedang ditulis selama berabad-abad tentang kehidupan Junjungan Nabi kita. Kami telah berusaha untuk menulis tentang kehidupan yang diberkati Junjungan Nabi kita melalui penelitian yang panjang dari kitab-kitab ulama Ahl as-Sunnat . Semoga Janâb-i Haqq memenuhi hati kita dengan kasih akan Junjungan Nabi kita, dan pelihara kita di jalan telah ditunjukki oleh ulama Ahlul Sunnah! Âmîn.
Komentar dan saran Anda sangat berharga bagi kami! Tujuan kami adalah untuk melayani Anda lebih baik dan lebih baik.
Jika Anda memiliki komentar, saran atau keluhan yang ingin Anda sampaikan kepada kami, Anda dapat mengisi "formulir kontak" yang relevan dan mengirimkannya kepada kami. Kami akan mengevaluasi laporan Anda sesegera mungkin dan menghubungi Anda kembali.
Anda dapat mengikuti kami di akun media sosial kami dan menghubungi kami melalui email.